Tuesday, December 3, 2013

KHASIAT MINYAK ZAITUN & DOS YANG DISARANKAN

Soalan:

Assalamu’alaikum Doktor.

Apakah khasiat dari minyak zaitun? Jika ingin meminumnya berapa dos yang dianjurkan? Apakah cukup 1 sudu makan sehari atau bagaimana? Mohon penjelasan, terima kasih. Wassalamu’alaikum

Muharlan

Jawapan:

Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih atas pertanyaan yang Saudara berikan kepada kami.

Minyak zaitun, yang merupakan minyak yang penuh berkah dan seringkali disebutkan dalam Kitabullah yang agung, memiliki beragam manfaat bagi kesihatan.

Diantaranya adalah:

- Sebagai antioksidan penangkal radikal bebas. Radikal bebas merupakan salah satu sebab utama penuaan awal sel-sel tubuh dan penyebab kanser.

- Menurunkan kadar lemak ‘buruk’ dalam tubuh.

- Memiliki kandungan oleic acid dan skualen yang tinggi, yang kuat dikaitkan dengan efek anti-kanser dan membantu meningkatkan imuniti tubuh.

- Dapat meningkatkan kadar kolesterol HDL dalam darah, yang sering disebut sebagai ‘kolesterol baik’ sehingga menurunkan risiko menderita penyakit jantung koroneri.

- Kandungan fitosterolnya memiliki dampak mencegah oksidasi LDL, ‘kolesterol jahat’ dalam darah sehingga tidak menempel pada pembuluh darah (jika menempel dapat menyebabkan sumbatan pembuluh darah).

- Melapisi luka pada perut dan mengurangkan risiko radang usus.

- Mencegah obesiti jika dimakan dalam jumlah yang tepat.

- Menjaga kelembaban dan kesegaran kulit, dan membantu menangkal kerosakan kulit akibat paparan sinar ultraviolet (UV), seperti kulit kering, terbakar, kerepot, pigmentasi, bahkan penuaan awal.

- Minyak zaitun juga dapat menjaga kesihatan rambut dan kuku.

Penggunaan minyak zaitun untuk tujuan beragam, kami belum mendapatkan standard dos yang baku. Rentang yang ada dalam pelbagai penelitian adalah 1-3 sudu makan sehari. Jumlah ini boleh lebih jika minyak zaitun dicampurkan terus ke dalam makanan seperti dressing salad atau lainnya.

Tiga sudu makan sehari digunakan pada penyakit yang lebih serius, seperti penyakit jantung atau kanser, atau orang-orang yang berisiko menderita radang usus kritikal yang dikhuatirkan berlanjutan menjadi kanser usus.

Pengambilan 1-2 sudu makan sehari dapat digunakan untuk penurunan berat badan (diminum sekitar 2 jam sebelum makan), atau merawat keremajaan kulit, dan pemeliharaan kesihatan tubuh secara umum. Minyak zaitun juga dapat disapu terus pada kulit, misalnya kulit wajah untuk mendapatkan efek melembabkan dan melembutkan.

Namun demikian, hendaklah dipilih minyak zaitun yang memang dihasilkan untuk dapat dimakan terus dengan zat gizi yang masih prima, seperti minyak zaitun ekstra virgin yang asli. Sebab tingkat kualiti dan gizi minyak zaitun bervariasi, seiring dengan semakin banyaknya perahan yang dilakukan pada buah zaitun. Minyak hasil perahan pertama adalah yang paling baik.

Di pasaran, minyak zaitun jenis tertentu diperuntukkan untuk memasak sahaja (bukan untuk dimakan terus). Keaslian dan cara penyimpanan minyak zaitun (dalam botol kaca gelap) juga perlu diperhatikan dalam memilih minyak ini bagi kesihatan.

Semoga bermanfaat.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Dijawab oleh Dr. Hafid N (Pembimbing Kolum Kesihatan www.KonsultasiSyariah.com)

Kapsul minyak zaitun 0.55ml ( 210 biji ) - RM45; 
Kapsul minyak zaitun 0.55ml (120 biji ) - RM30; 
Habbatus Sauda (210 biji) - RM 55
Habbatus Sauda (120 biji) - RM33
Kos Kurier 1-30 botol  = RM10
( SMS / Whatsapp UMM KHAIRAH 014 - 822 0192 UNTUK PESANAN )

HASIL KAJIAN PAKAR PERUBATAN TENTANG MINYAK ZAITUN

   بسم الله الرحمٰن الرحيم

Enam belas pakar perubatan paling tersohor di dunia berkumpul di Rom pada 21 April 1997 untuk menerbitkan beberapa keputusan bersama tentang tajuk “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.

Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahawa memakan minyak zaitun dapat memberi kesan melindungi tubuh dari serangan penyakit jantung koroneri, kenaikan kolesterol darah, kenaikan tekanan darah, serta sakit diabetes dan obesiti, di samping minyak zaitun juga berkhasiat mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.

Minyak Zaitun Mengurangkan Kolesterol Berbahaya

Pelbagai kajian membuktikan adanya fakta yang tidak menyisakan keraguan lagi, bahawa minyak zaitun menurunkan total kadar kolesterol dan kolesterol berbahaya, tanpa mengurangkan kandungan kolesterol bermanfaat.

Minyak Zaitun Mengurangkan Risiko Penyumbatan (Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah

Dalam kajian yang diterbitkan pada Disember 1999 di Majalah AMJ CLIN NUTRL, para peneliti menyatakan bahawa nutrisi yang kaya kandungan minyak zaitun dapat mengurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terjadinya pembekuan darah, selanjutnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh nadi jantung.

Minyak Zaitun Menurunkan Angka Kematian

Sebuah studi yang diterbitkan dalam majalah Lanst yang terkenal pada 20 Disember 1999 menunjukkan bahawa negara paling miskin di Eropah, iaitu Albania, yang berpenduduk Muslim, memiliki keistimewaan sedikitnya angka kematian di sana. Angka kematian di Albania di kalangan lelaki adalah 41 orang dari setiap 100,000 orang, separuh dari kematian di Britain. Hal itu dipengaruhi oleh pengambilan minyak zaitun dalam makanan penduduk Albania.

Minyak Zaitun Mengurangi Pemakaian Ubat-Ubatan Penurun Tekanan Darah Tinggi

Sebuah studi oleh Dr. Aldovaroro di Universiti Napoli Itali dan diterbitkan dalam Majalah Archives of Internal Medicine, 27 Mac 2000, telah dilakukan studi terhadap 32 pesakit tekanan darah tinggi dan mereka memakan ubat-ubatan untuk darah tinggi. Hasil studi menunjukkan penurunan tekanan darah dalam kadar 7 poin di kalangan mereka yang memakan minyak zaitun.

Minyak Zaitun Mengurangkan Serangan Kanser

Para peneliti menyatakan bahawa sebab menurunnya nisbah kematian akibat serangan kanser di Laut Putih Tengah adalah kerana makanan penduduk negeri tersebut mengandung minyak zaitun sebagai sumber utama lemak, di samping mengandung sayur-sayuran, buah-buahan, dan kubis.

Minyak Zaitun Mencegah Timbulnya Kanser

Profesor Asman, Ketua Akademi Kajian Arteriosclerosis di Universiti Monstar, Jerman, merupakan peneliti paling menonjol di dunia dalam bidang kedoktoran dan arteriosclerosis. Dia berkata, “Pemakanan minyak zaitun bisa melindungi tubuh dari serangan sejumlah kanser, di antaranya kanser colon, kanser rahim, kanser ovari, sekalipun jumlah studi ini masih terlalu minimum.”

Minyak Zaitun dan Kanser Payudara

Sebuah kajian yang diterbitkan pada bulan November 1995 dan dilakukan terhadap 2,564 wanita yang terkena kanser payudara, menegaskan bahawa ada korelasi terbalik antara kemungkinan terjadinya kanser payudara dengan pengkonsumsian minyak zaitun, dan bahawa banyak memakan minyak zaitun memberi sumbangan dalam melindungi seseorang dari serangan kanser payudara.

Sebuah studi yang diterbitkan dalam Majalah Archives of Internal Medicine edisi Ogos 1998  menegaskan bahawa memakan satu sudu makan minyak zaitun setiap hari boleh mengurangkan bahaya terjadinya kanser payudara sampai kadar 45%.

Minyak Zaitun dan Kanser Rahim

Majalah Kanser Britania menerbitkan pada bulan Mei 1996 sebuah studi yang dilakukan terhadap 145 wanita Yunani yang terkena kanser rahim. Para peneliti mengkorelasikan antara wanita-wanita yang terkena kanser rahim tersebut dengan wanita-wanita yang banyak memakan minyak zaitun.

Ternyata, para wanita yang memakan minyak zaitun lebih sedikit terkena kanser rahim. Di mana kemungkinan terjadinya kanser pada mereka turun sampai 26%.

Minyak Zaitun dan Kanser Perut

Sejumlah studi ilmiah moden menunjukkan bahawa mengkonsumsi minyak zaitun secara teratur bisa mengurangkan terjadinya kanser perut. Tapi masih diperlukan pelbagai studi ilmiah lanjutan mengenai hal ini.

Minyak Zaitun dan Kanser Colon

Ada juga beberapa studi yang menunjukkan bahawa pengkonsumsian buah-buahan, sayur-sayuran, dan minyak zaitun, memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari serangan kanser colon.

Minyak Zaitun dan Kanker Kulit (Melanoma)

Majalah Dertmatdogg Times edisi Ogos 2000 menyebut sebuah studi yang menunjukkan bahawa menggunakan minyak zaitun setelah renang sebagai krim kulit dan berjemur, akan melindungi terjadinya kanser kulit (melanoma).

Minyak Zaitun Mengurangkan Timbulnya Ulser Perut

Dr. Samût, dari Universiti Harvard Amerika, menyampaikan sebuah studi di Kongres Terakhir Organisasi Penyakit Sistem Pencernaan Amerika yang diadakan pada Oktober 2000. Dr. Samût menegaskan bahawa gizi yang terkandung dalam minyak zaitun bisa memiliki pengaruh positif dalam melindungi tubuh dari kanser perut dan mengurangkan timbulnya penyakit ulser perut.

Minyak Zaitun Mempunyai Khasiat Susu Badan

Dalam sebuah studi modern yang diterbitkan pada bulan Februari 1996 di Universiti Barcelona, Spanyol, yang dilakukan terhadap empat puluh wanita yang menyusui, diambil sampel susu badan dari mereka.
Para peneliti menemukan bahawa kebanyakan lemak yang terkandung di dalam susu badan termasuk jenis lemak yang berantai tunggal. Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik yang seharusnya dikonsumsi oleh manusia, dan itulah jenis lemak yang terkenal terdapat dalam minyak zaitun.

Minyak Zaitun Mengurangkan Radang Sendi

Majalah AMJ CLIN NUTR edisi November 1999 M, menerbitkan sebuah penelitian yang dilakukan terhadap 145 pesakit pengidap sakit persendian seperti arthritis di Yunani Utara. Mereka dikorelasikan dengan 108 orang yang sihat. Dalam penelitian ini terlihat bahawa pemakanan minyak zaitun bisa memberi sumbangan dalam melindungi tubuh dari terjadinya penyakit ini.

Minyak Zaitun Membunuh Kutu Kepala

Beberapa studi yang dilakukan di beberapa Universiti dan Akademi di Amerika tentang kutu kepala menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun sebagai minyak rambut yang terkena kutu, dalam beberapa jam sahaja boleh membunuh kutu yang ada di kepala.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Kapsul minyak zaitun 0.55ml ( 210 biji ) - RM45; 
Kapsul minyak zaitun 0.55ml (120 biji ) - RM30; 
Habbatus Sauda (210 biji) - RM 55
Habbatus Sauda (120 biji) - RM33
Kos Kurier 1-30 botol  = RM10
( SMS / Whatsapp UMM KHAIRAH 014 - 822 0192 UNTUK PESANAN )
SUMBER :  http://cintaherbal.wordpress.com/2009/05/31/hasil-penelitian-pakar-kedokteran-tentang-minyak-zaitun/

CARA MEMANFAATKAN MINYAK ZAITUN

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Tidak hairan mengapa orang-orang Arab cukup suka memakan buah zaitun dan minyaknya. Ada di kalangan mereka yang memakan minyak zaitun dengan roti Arab sahaja.

Wanita Arab pula meminyaki rambut mereka dengan minyak zaitun sebelum tidur kemudian membasuh keesokan harinya untuk menjadikannya lebat, tidak mudah gugur, dan panjang.

Ibu-ibu yang mengandung juga memanfaatkan minyak zaitun dengan menyapunya di bahagian perut yang kadang-kadang gatal, dan mengurangkan kedutan di sekitar perut jika rajin menggunakannya, insya Allah.

Pakar-pakar kecantikan moden menggunakan minyak zaitun dalam pembuatan krim kecantikan untuk menghilangkan kedutan setelah melahirkan.

Buah zaitun yang diawet sering digunakan sebagai campuran hidangan seperti salad, pizza, dan sebagainya.

Secara fisiologi, zaitun bermanfaat untuk mempercepat proses pencernaan.

Adapun secara klinikal, ia memiliki fungsi sebagai pencegah kanser usus, penyakit saluran kencing, penyakit jantung, dan mampu menurunkan kadar kolesterol.

MINYAK ZAITUN MENGUBATI PENYAKIT BAHAYA

Manfaat minyak zaitun bagi dunia farmasi dan kimia sangat banyak. Ini kerana kandungan minyaknya yang bersifat mono-unsaturated. Minyak zaitun merupakan ‘ubat’ dan berperanan menjaga kesihatan.

Hal ini dibuktikan oleh Dimitros Trichopoulus, Profesor dari Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat yang menyelidik hubungan antara banyaknya memakan minyak zaitun dengan pertumbuhan kanser payudara.

Dari penelitian yang melibatkan 2300 wanita diketahui bahawa wanita yang memakan minyak zaitun lebih dari satu kali dalam sehari memiliki peluang terkena kanser payudara 25 % lebih rendah berbanding wanita yang kurang memakan minyak zaitun.

Dan hakikatnya wanita Mesir dan Mediteranian lebih sedikit terkena kanser payudara berbanding  wanita Amerika kerana minyak zaitun sangat popular dimakan oleh bangsa Mesir dan Mediterranian baik dalam masakan atau secara langsung.

“Minyak zaitun banyak mengandung vitamin E yang sangat diperlukan untuk menghentikan kerosakan sel-sel pemicu kanser. Selain itu, ia mengandung polifenol yang berperanan sebagai penghalang radikal bebas”, katanya lagi.

Jadi kita semua telah mengetahui dan tidak meragui lagi betapa barakahnya ZAITUN seperti mana yang telah diwahyukan dalam Al-Quran dan Hadis sejak 1400 tahun dahulu. Wallahu a’lam.

Kapsul minyak zaitun ( 210 biji - 0.55ml) - RM45;
Kapsul minyak zaitun (120 biji - 0.55ml) - RM30;
Habbatus Sauda (210 biji) - RM 55
Habbatus Sauda (120 biji) - RM33
( SMS / Whatsapp UMM KHAIRAH 014 - 822 0192 UNTUK TEMPAHAN )
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

KELEBIHAN ZAITUN DISEBUT DALAM AL-QURAN, HADIS & KITAB ULAMA

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Orang Islam tidak asing lagi dengan ZAITUN. Ini kerana dua petunjuk yang menjadi rujukan seluruh Umat Islam iaitu Al-Quran dan Hadis-hadis Sahih telah menyebutnya sebagai pohon yang barakah.

Maka tidak hairan para saintis dan ilmuwan turut melakukan kajian ke atasnya dan menemukan manfaat dan khasiat yang cukup banyak dari pohon zaitun ini terutama minyaknya.


Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah dalam bukunya Zaadul Maad telah menerangkan keutamaan Zaitun. Beliau berkata,

“Allah berfirman tentang Zaitun:  “Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan tidak pula di sebelah Baratnya, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.”
(Surah Al-Nuur: 35)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anh, Nabi salallahu alaihi wassalam bersabda:

“Makanlah minyak zaitun dan bermiyaklah dengannya (sapukan tubuh dengan minyaknya), kerana ia berasal dari pohon yang penuh barakah.”
(Riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Majah,  sanadnya jayyid (baik))

KUALITI MINYAK ZAITUN

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah melanjutkan,

"Kualiti minyak zaitun bergantung pada kualiti buah zaitun. Perahan dari buah yang masak adalah yang paling baik.


Minyak dari buah zaitun yang masih mentah bersifat dingin dan kering. 

Minyak dari buah zaitun yang merah berkualiti sederhana dan dari buah zaitun yang hitam memiliki sifat yang panas dan lembab secara seimbang.

Ia bermanfaat untuk membebaskan racun dan mengeluarkan cacing.

Semua jenis minyak ini menghaluskan kulit dan menghambat tumbuhnya uban.

Air zaitun yang masin baik untuk bekas luka akibat kebakaran dan menguatkan gusi.

Manakala daun zaitun digunakan untuk mengubati luka, gatal-gatal dan mencegah peluh."

(Zaadul Ma’ad hlm. 333)

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Kapsul minyak zaitun 0.55ml ( 210 biji ) - RM45; 
Kapsul minyak zaitun 0.55ml (120 biji ) - RM30; 
Habbatus Sauda (210 biji) - RM 55
Habbatus Sauda (120 biji) - RM33
( SMS / Whatsapp UMM KHAIRAH 014 - 822 0192 UNTUK TEMPAHAN )

Sunday, December 1, 2013

PENYAKIT DAN UBATNYA

بسم الله الرحمٰن الرحيم
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah yang telah mengutuskan kepada kita RasulNya Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bersama wahyu yang menunjuk manusia kepada Islam, dan mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. 

Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan bahawa penyakit itu ada dua jenis; 1) Penyakit Rohani, 2) Penyakit Jasmani. Penyakit rohani dapat disembuhkan dengan menanamkan dalam hati akidah sahihah kepada Allah dan RasulNya.

Adapun untuk menyembuhkan penyakit jasmani, ia turut diajarkan dalam Al-Tibb Al-Nabawi (pengubatan Nabawi), sama ada melalui kaedah pencegahan atau rawatan dari sumber-sumber alami ciptaan Allah.

Allah menguji manusia dengan penyakit dan Allah juga yang mencipta ubat-ubatnya dan Allah-lah juga yang menyembuhkan. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, “Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia menurunkan juga ubatnya.” 
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Juga seperti mana kata Nabi Ibrahim 'alaihissalam yang terkandung di dalam Al-Quran, 

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan apabila aku sakit, Dialah Yang Menyembuhkan aku." (Surah Al-Syu'ara: 80)

Sebenarnya, sebelum ilmu-ilmu dan kajian-kajian Sains berkembang, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam telah lama mengetahui dan menerapkan perubatan yang terbukti kemujarabannya ini, dan sudah tentu ianya dengan bimbingan wahyu.

Ini berdasarkan hadis-hadis sahih yang banyak yang menceritakan bagaimana ia digunakan, dan beribu tahun selepas itu, kajian saintifik pun turut membuktikannya. 

Kami kongsi beberapa jenis makanan anjuran Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sendiri dalam rangka untuk mencegah atau merawati penyakit;

1. Habbatus Sauda’ 


Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh dalam habbatus sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali as-sam.” Saya bertanya, “Apakah as-sam itu?” Baginda menjawab, “Kematian”.
(Riwayat Al-Bukhari)

2. Madu (عسل)



Firman Allah 'Azza wa Jal, “Dari perut lebah itu keluar cairan dengan pelbagai warna, di dalamnya terdapat kesembuhan bagi manusia.” 
(Surah An-Nahl: 69)

3. Minyak Zaitun


Di dalam Al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta'ala secara khusus menyebut bahawa zaitun adalah pohon yang banyak barakahnya. Firman Allah,

"Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api." (Al-Nur: 35)

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, 

“Minumlah minyak zaitun dan gunakan sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat dari pohon yang diberkati.” 
(Riwayat Al-Tirmizi)

Pada tulisan yang akan datang, insyaAllah kami akan membawakan lebih banyak lagi khasiat-khasiat, resipi pengubatan, dan dalil-dalil yang berkaitan dengannya. 

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم