بسم الله الرحمٰن الرحيم
Tidak hairan mengapa orang-orang Arab cukup suka memakan buah zaitun dan minyaknya. Ada di kalangan mereka yang memakan minyak zaitun dengan roti Arab sahaja.
Tidak hairan mengapa orang-orang Arab cukup suka memakan buah zaitun dan minyaknya. Ada di kalangan mereka yang memakan minyak zaitun dengan roti Arab sahaja.
Wanita Arab pula meminyaki rambut mereka dengan minyak
zaitun sebelum tidur kemudian membasuh keesokan harinya untuk menjadikannya lebat,
tidak mudah gugur, dan panjang.
Ibu-ibu yang mengandung juga memanfaatkan
minyak zaitun dengan menyapunya di bahagian perut yang kadang-kadang gatal, dan
mengurangkan kedutan di sekitar perut jika rajin menggunakannya, insya Allah.
Pakar-pakar kecantikan moden menggunakan minyak zaitun dalam
pembuatan krim kecantikan untuk menghilangkan kedutan setelah melahirkan.
Buah zaitun yang diawet sering digunakan sebagai campuran
hidangan seperti salad, pizza, dan sebagainya.
Secara fisiologi, zaitun bermanfaat untuk mempercepat
proses pencernaan.
Adapun secara klinikal, ia memiliki fungsi sebagai pencegah
kanser usus, penyakit saluran kencing, penyakit jantung, dan
mampu menurunkan kadar kolesterol.
MINYAK ZAITUN MENGUBATI PENYAKIT BAHAYA
Manfaat minyak zaitun bagi dunia farmasi dan
kimia sangat banyak. Ini kerana kandungan minyaknya yang bersifat mono-unsaturated.
Minyak zaitun merupakan ‘ubat’ dan berperanan menjaga kesihatan.
Hal ini dibuktikan oleh Dimitros Trichopoulus, Profesor dari
Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat yang menyelidik hubungan
antara banyaknya memakan minyak zaitun dengan pertumbuhan kanser payudara.
Dari penelitian yang melibatkan 2300 wanita
diketahui bahawa wanita yang memakan minyak zaitun lebih dari satu kali dalam
sehari memiliki peluang terkena kanser payudara 25 % lebih rendah berbanding
wanita yang kurang memakan minyak zaitun.
Dan hakikatnya wanita Mesir dan Mediteranian lebih sedikit
terkena kanser payudara berbanding
wanita Amerika kerana minyak zaitun sangat popular dimakan oleh bangsa
Mesir dan Mediterranian baik dalam masakan atau secara langsung.
“Minyak zaitun banyak mengandung vitamin E yang sangat
diperlukan untuk menghentikan kerosakan sel-sel pemicu kanser. Selain itu, ia
mengandung polifenol yang berperanan sebagai penghalang radikal bebas”, katanya
lagi.
Jadi kita semua telah mengetahui dan tidak meragui lagi betapa barakahnya ZAITUN seperti mana yang telah diwahyukan dalam Al-Quran dan Hadis sejak 1400 tahun dahulu. Wallahu a’lam.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
No comments:
Post a Comment