بسم الله الرحمٰن الرحيم
Enam belas pakar perubatan paling tersohor di dunia
berkumpul di Rom pada 21 April 1997 untuk menerbitkan beberapa keputusan
bersama tentang tajuk “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.
Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahawa memakan
minyak zaitun dapat memberi kesan melindungi tubuh dari serangan penyakit
jantung koroneri, kenaikan kolesterol darah, kenaikan tekanan darah, serta
sakit diabetes dan obesiti, di samping minyak zaitun juga berkhasiat mencegah
terjadinya beberapa jenis kanser.
Minyak Zaitun Mengurangkan Kolesterol Berbahaya
Pelbagai kajian membuktikan adanya fakta yang tidak menyisakan
keraguan lagi, bahawa minyak zaitun menurunkan total kadar kolesterol dan
kolesterol berbahaya, tanpa mengurangkan kandungan kolesterol bermanfaat.
Minyak Zaitun Mengurangkan Risiko Penyumbatan
(Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah
Dalam kajian yang diterbitkan pada Disember 1999 di
Majalah AMJ CLIN NUTRL, para peneliti menyatakan bahawa nutrisi yang kaya
kandungan minyak zaitun dapat mengurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan
terhadap terjadinya pembekuan darah, selanjutnya mengurangi terjadinya
penebalan pembuluh nadi jantung.
Minyak Zaitun Menurunkan Angka Kematian
Sebuah studi yang diterbitkan dalam majalah Lanst yang
terkenal pada 20 Disember 1999 menunjukkan bahawa negara paling miskin di Eropah,
iaitu Albania, yang berpenduduk Muslim, memiliki keistimewaan sedikitnya angka
kematian di sana. Angka kematian di Albania di kalangan lelaki adalah 41 orang
dari setiap 100,000 orang, separuh dari kematian di Britain. Hal itu
dipengaruhi oleh pengambilan minyak zaitun dalam makanan penduduk Albania.
Minyak Zaitun Mengurangi Pemakaian Ubat-Ubatan Penurun
Tekanan Darah Tinggi
Sebuah studi oleh Dr. Aldovaroro di Universiti Napoli Itali
dan diterbitkan dalam Majalah Archives of Internal Medicine, 27 Mac 2000, telah dilakukan studi terhadap 32 pesakit tekanan
darah tinggi dan mereka memakan ubat-ubatan untuk darah tinggi. Hasil studi menunjukkan penurunan tekanan darah dalam kadar
7 poin di kalangan mereka yang memakan minyak zaitun.
Minyak Zaitun Mengurangkan Serangan Kanser
Para peneliti menyatakan bahawa sebab menurunnya nisbah
kematian akibat serangan kanser di Laut Putih Tengah adalah kerana makanan
penduduk negeri tersebut mengandung minyak zaitun sebagai sumber utama lemak,
di samping mengandung sayur-sayuran, buah-buahan, dan kubis.
Minyak Zaitun Mencegah Timbulnya Kanser
Profesor Asman, Ketua Akademi Kajian Arteriosclerosis di
Universiti Monstar, Jerman, merupakan peneliti paling menonjol di dunia dalam
bidang kedoktoran dan arteriosclerosis. Dia berkata, “Pemakanan minyak zaitun
bisa melindungi tubuh dari serangan sejumlah kanser, di antaranya kanser colon,
kanser rahim, kanser ovari, sekalipun jumlah studi ini masih terlalu minimum.”
Minyak Zaitun dan Kanser Payudara
Sebuah kajian yang diterbitkan pada bulan November 1995 dan
dilakukan terhadap 2,564 wanita yang terkena kanser payudara, menegaskan bahawa
ada korelasi terbalik antara kemungkinan terjadinya kanser payudara dengan
pengkonsumsian minyak zaitun, dan bahawa banyak memakan minyak zaitun memberi
sumbangan dalam melindungi seseorang dari serangan kanser payudara.
Sebuah studi yang diterbitkan dalam Majalah Archives of
Internal Medicine edisi Ogos 1998 menegaskan bahawa memakan satu sudu makan minyak
zaitun setiap hari boleh mengurangkan bahaya terjadinya kanser payudara sampai
kadar 45%.
Minyak Zaitun dan Kanser Rahim
Majalah Kanser Britania menerbitkan pada bulan Mei 1996
sebuah studi yang dilakukan terhadap 145 wanita Yunani yang terkena kanser
rahim. Para peneliti mengkorelasikan antara wanita-wanita yang terkena kanser
rahim tersebut dengan wanita-wanita yang banyak memakan minyak zaitun.
Ternyata, para wanita yang memakan minyak zaitun lebih
sedikit terkena kanser rahim. Di mana kemungkinan terjadinya kanser pada mereka
turun sampai 26%.
Minyak Zaitun dan Kanser Perut
Sejumlah studi ilmiah moden menunjukkan bahawa mengkonsumsi
minyak zaitun secara teratur bisa mengurangkan terjadinya kanser perut. Tapi
masih diperlukan pelbagai studi ilmiah lanjutan mengenai hal ini.
Minyak Zaitun dan Kanser Colon
Ada juga beberapa studi yang menunjukkan bahawa pengkonsumsian
buah-buahan, sayur-sayuran, dan minyak zaitun, memainkan peranan penting dalam
melindungi tubuh dari serangan kanser colon.
Minyak Zaitun dan Kanker Kulit (Melanoma)
Majalah Dertmatdogg Times edisi Ogos 2000 menyebut sebuah
studi yang menunjukkan bahawa menggunakan minyak zaitun setelah renang sebagai
krim kulit dan berjemur, akan melindungi terjadinya kanser kulit (melanoma).
Minyak Zaitun Mengurangkan Timbulnya Ulser Perut
Dr. Samût, dari Universiti Harvard Amerika, menyampaikan
sebuah studi di Kongres Terakhir Organisasi Penyakit Sistem Pencernaan Amerika
yang diadakan pada Oktober 2000. Dr. Samût menegaskan bahawa gizi yang
terkandung dalam minyak zaitun bisa memiliki pengaruh positif dalam melindungi
tubuh dari kanser perut dan mengurangkan timbulnya penyakit ulser perut.
Minyak Zaitun Mempunyai Khasiat Susu Badan
Dalam sebuah studi modern yang diterbitkan pada bulan
Februari 1996 di Universiti Barcelona, Spanyol, yang dilakukan terhadap empat
puluh wanita yang menyusui, diambil sampel susu badan dari mereka.
Para peneliti menemukan bahawa kebanyakan lemak yang
terkandung di dalam susu badan termasuk jenis lemak yang berantai tunggal.
Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik yang seharusnya dikonsumsi
oleh manusia, dan itulah jenis lemak yang terkenal terdapat dalam minyak
zaitun.
Minyak Zaitun Mengurangkan Radang Sendi
Majalah AMJ CLIN NUTR edisi November 1999 M, menerbitkan
sebuah penelitian yang dilakukan terhadap 145 pesakit pengidap sakit persendian
seperti arthritis di Yunani Utara. Mereka dikorelasikan dengan 108 orang yang
sihat. Dalam penelitian ini terlihat bahawa pemakanan minyak zaitun
bisa memberi sumbangan dalam melindungi tubuh dari terjadinya penyakit ini.
Minyak Zaitun Membunuh Kutu Kepala
Beberapa studi yang dilakukan di beberapa Universiti dan
Akademi di Amerika tentang kutu kepala menunjukkan bahawa penggunaan minyak
zaitun sebagai minyak rambut yang terkena kutu, dalam beberapa jam sahaja boleh
membunuh kutu yang ada di kepala.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

SUMBER :
http://cintaherbal.wordpress.com/2009/05/31/hasil-penelitian-pakar-kedokteran-tentang-minyak-zaitun/
No comments:
Post a Comment