بسم الله الرحمٰن الرحيم
Orang Islam tidak asing lagi dengan ZAITUN. Ini kerana dua
petunjuk yang menjadi rujukan seluruh Umat Islam iaitu Al-Quran dan Hadis-hadis
Sahih telah menyebutnya sebagai pohon yang barakah.
Maka tidak hairan para saintis dan ilmuwan turut melakukan
kajian ke atasnya dan menemukan manfaat dan khasiat yang cukup banyak dari
pohon zaitun ini terutama minyaknya.
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah dalam bukunya Zaadul Maad telah
menerangkan keutamaan Zaitun. Beliau berkata,
“Allah berfirman tentang Zaitun: “Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang
banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan
tidak pula di sebelah Baratnya, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi,
walaupun tidak disentuh api.”
(Surah Al-Nuur: 35)
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anh, Nabi salallahu
alaihi wassalam bersabda:
“Makanlah minyak zaitun dan bermiyaklah dengannya (sapukan
tubuh dengan minyaknya), kerana ia berasal dari pohon yang penuh barakah.”
(Riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Majah, sanadnya jayyid (baik))
KUALITI MINYAK ZAITUN
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah melanjutkan,
"Kualiti minyak zaitun bergantung pada kualiti buah zaitun. Perahan
dari buah yang masak adalah yang paling baik.
Minyak dari buah zaitun yang masih mentah bersifat dingin
dan kering.
Minyak dari buah zaitun yang merah berkualiti sederhana dan
dari buah zaitun yang hitam memiliki sifat yang panas dan lembab secara
seimbang.
Ia bermanfaat untuk membebaskan racun dan mengeluarkan cacing.
Semua jenis minyak ini menghaluskan kulit dan menghambat
tumbuhnya uban.
Air zaitun yang masin baik untuk bekas luka akibat kebakaran
dan menguatkan gusi.
Manakala daun zaitun digunakan untuk mengubati luka, gatal-gatal
dan mencegah peluh."
No comments:
Post a Comment